The Homemade Chocolate
NM 001
KEBAIKAN COKLAT
JITRA, 29 Jan (HPM) – Coklat seringkali dikaitkan sebagai makanan ringan yang tidak mempunyai nilai pemakanan dan boleh memudaratkan kesihatan seperti kegemukan.
Di sebalik tanggapan negatif ini, coklat juga dikatakan mempunyai khasiat tertentu kepada penggemarnya kerana mengandungi protein, karbohidrat, tenaga dan beberapa vitamin serta mineral yang diperlukan.
Coklat kaya dengan antioksidan seperti catechins an phenols yang membantu dalam pencegahan sakit jantung dan kanser.
Phenols dikatakan dapat melindungi daripada serangan sakit jantung, malah antioksidan yang wujud bukan setakat melindungi sel-sel dan DNA daripada radikal bebas, ia turut menghalang pembentukan bahan lemak yang boleh menyebabkan salur darah jantung tersumbat.
Makan coklat dikatakan boleh menguatkan sistem pertahanan badan serta mengurangkan risiko jangkitan selsema dan ia mengandungi bahan seperti ubat penenang yang menjadi penahan sakit serta meningkat tahap rasa kesihatan kerana coklat mengeluarkan endorphins yang membuat kita rasa gembira.
Justeru, coklat amat sesuai dijadikan makanan gantian semasa menjalankan aktiviti luar seperti mengembara, mengikuti ekspedisi pendakian, bersukan serta aktiviti rekreasi yang lain.
Selain itu, coklat merupakan bekalan makanan mudah yang boleh dimakan bila-bila masa dan di mana jua.
sumber: Dr. Rozmey@wordpress
How 'nicelymelt' begin...
KEBAIKAN COKLAT
* Coklat mengandungi endorphins, yang mampu mengatasi sakit kronik, di samping bertindak sebagai penenang fikiran.
* Mengandungi Oleic Acid dan Stearic Acid, yang terbukti mampu mencegah penyakit berkaitan jantung.
* Mengandungi phenolen yang mampu mengurangkan peluang untuk mendapat penyakit jantung.
* Mengandungi Seratonin, sejenis neurotransmitter dan bertindak sebagai penenang (anti-depressant) - pernah dengar "makanlah coklat jika kamu dalam keadaan marah"?
* Mengandungi phenylethylamine, peningkat mood.
* Mengandungi vitamin B1, B2, D dan E, juga mineral seperti potassium dan magnesium.
* Satu kajian menunjukkan coklat bukan penyebab UTAMA punca keroakan gigi. Ini kerana coklat mengandungi mentega koko yang sebenarnya menyaluti gigi si pemakannya (ketika makan coklat tersebut), dan bakteria tidak boleh hidup dalam kondisi yang sedemikian. Tambahan, koko itu sendiri merupakan agent antibakteria. Tapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu gosok gigi (mak suruh) sebelum tidur yea.
Namun, coklat juga ada keburukannya...
* Mengandungi kalori dan kandungan gula yang tinggi, saturated fat (sama ada dari tenusu, atau dari mentega koko), caffein (namun pada dos yang sangat rendah).
* Segelas minuman coklat panas sebelum makan akan mengurangkan selera makan anda (terutama buat mereka yang sedang menaikkan berat badan).
* Mereka yang mempunyai migraine mungkin mengalami pening kepala jika mengambil coklat, terutama secara berlebihan.
* Coklat, terutamanya dark chocolate, merbahaya kepada binatang peliharaan, kerana mengandungi theobromine. Sekiranya kucing kesayangan anda tertelan seketul coklat, bawalah dia berjumpa dengan doktor haiwan dengan kadar segera.
FAKTA TENTANG COKLAT
Antara kepercayaan karut paling umum ialah coklat menyebabkan jerawat, terutama di kalangan remaja. Ini sama sekali tidak benar. Maklumat sekian lama jelas membuktikan bahawa coklat tidak menyebabkan jerawat. Sebaliknya, amalan pemakanan yang kurang baik, punca utama jerawat, tetapi kita lebih mudah menyalahkan coklat. Perubahan hormon ketika baligh, ditambah pengambilan makanan kurang zinc dan banyak iodin, punca utama. Jerawat biasanya tumbuh apabila seseorang mencapai usia remaja. Pertambahan hormon menyebabkan kelenjar mengeluarkan sebum, yang mengalir ke permukaan kulit secara semula jadi. Jika pengalirannya tersekat, sebum terkumpul lalu membentuk jerawat. Ensiklopedia Dermatologi menjelaskan dengan tepat bahawa pemakanan tiada kena-mengena dalam pengurusan jerawat. Jadi, remaja tidak perlu menahan diri daripada memakan coklat kegemaraan mereka.
Fakta 2: Coklat tidak menggemukkan
Isu sebenarnya, apabila kita makan berlebihan. Perangkaan terbaru dari seluruh dunia menunjukkan, bilangna orang gemuk kian ramai. Makan sederhana, termasuk coklat, diiringi senaman kardiovaskular, adalah rahsia mengekalkan berat nadan sihat. Yang penting, tahap kecergasan, bukan hanya kehilangan berat badan. Doktor dan pakar pemakanan, orang terbaik menasihat mengenai pengurusan berat badan. Bagaimanapun, petua termudah ialah makan secara sederhana. Sebenarnya, tiada sesuatu makanan tertentu yang boleh menggemukkan. Lazimnya, yang menentukan berat badan seseorang ialah jumalh dimakan. Sebagai peringatan, Persatuan Pemakanan Amerika menasihatkan:"…coklat boleh dimakan secara sederhana."
Fakta 3: Penghidap diabetes boleh makan coklat
Dalam tempoh 20 tahun lalu, pelbagai perubahan besar dalam nasihat pemakanan diberikan kepada penghidap diabetes. Persatuan Diabetes Britain, Persatuan Dietitik Amerika dan Persatuan Diabetes Malaysia kini mengakui bahawa pengambilan gula, atau makanan bergula, dalam jumalh terhad sebagai sebahagian diet tinggi serat dan rendah lemak, boleh diterima. Produk khusus untuk pesakit diabetes tidak menawarkan sebarang kelebihan kepada mereka dibandingkan dengan makanan biasa. Justeru, penghidap diabetes boleh menikmati coklat, tetapi secara sederhana, mengikut nasihat pakar pemakanan.
Fakta 4: Coklat tidak sebabkan karies gigi
Apabila anda mengalami sakit gigi yang teruk dan sedang menunggu berjumpa doktor gigi, coklat perkara terakhir bermain dalam fikiran. Namun jangan terburu-buru membuat kesimpulan, fikir dahulu faktanya. Kerosakan gigi disebabkan pelbagai faktor dan hakisan enamel pada gigi adalah proses dinamik. Asid yang terhasil daripada pecahan karbohidrat makanan di dalam mulut menyebabkan hakisan ini. Amalan menjaga kebersihan mulut dan pemflouridan air terbukti dapat mengurangkan karies di sesetengah negara, walaupun pengambilan gula tetap sama atau meningkat. Satu lagi berita baik, tanin pada koko mungkin membantu mencegah karies dengan mengurangkan pertumbuhan plak, manakala asid oksalik dalam coklat dikatakan dapat mengurangkan pengeluaran asid. Kini anda boleh terus makan coklat dan senyum tanpa segan silu. Tetapi jangan lupa berus gigi.
Fakta 5: Coklat tidak sebabkan sakit jantung
Dalam kes sakit jantung, coklat juga sering dipersalahkan. Punca utama peningkatan kes sakit jantung di Malaysia ialah gaya hidup kurang sihat dan kurang cergas. Merokok, kurang bersenam, pemakanan tidak seimbang dan berlemak tepu adalah penyebab sebenarnya. Sebaliknya, coklat mengandungi antioksidan, dikenali sebagai fenol, yang mungkin mampu mengurangkan tahap kepadatan lipoprotein (kolesterol LDL). Hasil kajian terkini menunjukkan bahawa asid stearik pada mentega koko atau lemak dalam coklat tidak memberi kesan kepada kolesterol darah. Untuk menjaga kesihatan, kita patut mengamalkan pengambilan makanan mengandungi banyak serat dan karbohidrat kompleks, tetapi kurang lemak dan gula. Kita juga perlu sentiasa bersenam. Pengambilan sedikit coklat sebagai sebahagian diet seimbang tidak akan menimbulkan masalah kepada jantung.
Fakta 6: Coklat kuatkan tenaga batin?
Walaupun belum ada makanan terbukti dapat meningkatkan tenaga batin, coklat berupaya mencetuskan reaksi positif kepada tindakan kimia otak dan diketahui dapat memperbaiki mood seseorang. Aroma, rasa dan kelazatan coklat memberi nikmat sukar digambarkan. Nikmat dirasai apabila makan coklat disebabkan pengeluaran pelali semula jadi yang diketahui dapat mengurangkan kesakitan dan meningkatkan mood serta nikmat dirasai. Hakikatnya, jumlah pelali itu tidak mencukupi untuk menghasilkan kesan sedemikian. Sebaliknya besar kemungkinan gabungan rasa, kandungan khasiat dan ramuan psikoaktif coklat yang menjadi penyebab. Glenn Cardwell merumuskan: "Makan coklat antara nikmat sebenar kehidupan." Ini bermakna, coklat hadiah yang sempurna. Tidak dinafikan, kesihatan menjadi keutamaan hampir semua orang. Jika dimakan secara sederhana, walaupun setiap hari, coklat tidak memudaratkan. Jadi, janganlah bimbang hendak menikmati coklat, kerana ia antara anugerah kehidupan paling enak.
TENTANG COKLAT
1. Apa perbezaan antara coklat couverture dan coklat compound?
Perbezaan antara coklat couverture dan compound adalah lemak yang digunakan untuk membuat coklat tersebut. Coklat couverture mengunakan lemak dari biji koko yang dipanggil mentega koko (cocoa butter), sementara coklat compound mengunakan lemak sayuran e.g dari kelapa sawit (vegetable fat)
2. Kenapa coklat couverture perlu ditemper?
Coklat couverture perlu ditemper kerana mentega koko boleh membentuk 6 jenis krystal bergantung bagaimana ia disejukkan setelah ia dicairkan. Untuk membentuk coklat yang berkilat dan stabil pada suhu bilik <34°c,>mentega koko perlu membentuk krystal nombor 5 sahaja.
3. Kenapa coklat saya bila keluar dari peti sejuk berpeluh?
Coklat anda berpeluh kerana proses pemeluawapan (condensation) berlaku. Proses ini akan berlaku pada semua benda yang bertukar tempat dari yang sejuk (eg peti sejuk) ke tempat yang panas dan lembap (eg dapur ), wap di udara akan tersejat atas permukaan yang sejuk.
4. Adakah coklat akan cair jika dibawa dalam kereta atau dipos?
Coklat couverture yang telah ditemper dengan betul tidak akan cair jika ia berada pada suhu <34°c. Jika anda bawa coklat dalam kereta yang berhawa dingin, coklat tidak akan cair, tetapi jika anda tinggalkan coklat dalam kereta ditengah panas, cairlah coklat jika suhu kereta itu >34°C
5. Untuk membuat coklat marble, bolehkah mengunakan coklat dari jenis yang berbeza (compound dan couverture)?
Tidak boleh. Untuk membuat marble coklat perlu mengunakan coklat dari jenis yang sama - eg couverture putih dan couverture hitam
6. Apakah faktor yang mempengaruhi tarikh luput (shelf-life) coklat?
Tarikh luput coklat bergantung pada jenis coklat (6 bulan hingga 1 tahun), dan keadaan penyimpanan. Untuk tahan lama perlu disimpan pada suhu ~20°C -26°C( utk couverture), tempat yang kering dan jauh dari barang yang berbau. Untuk coklat praline tarikh luput bergantung pada jenis inti yang digunakan, eg inti ganache (2 minggu hingga sebulan) dan keadaan penyimpanan.
DEMI MASA...
JAMINAN 100%
KATEGORI
ENTRI POPULAR
-
RM 55.00 Contoh untuk hantaran kahwin/ tunang/ besday/ gift Kotak ala2 buku...lawa! gambar : Credit to Shima Zack
-
* Kajian oleh Holland's National Institute of Public Health and Environment mendapati coklat mengandungi 4 kali lebih antioxidants (ca...
-
1. A pa perbezaan antara coklat couverture dan coklat compound? Perbezaan antara coklat couverture dan compound adalah lemak yang diguna...
-
order dari PKA Ridhuan sebagai buah tangan untuk majlis pertunangan seorang teman. semoga teman yg menerima berpuas hati... next time bleh o...
-
another order dari CC Aneeta untuk present kt orang katanya and x plak saya tanya sape orangnya... Semoga org yg menerima coklat ni gumbira....
-
JITRA, 29 Jan (HPM) – Coklat seringkali dikaitkan sebagai makanan ringan yang tidak mempunyai nilai pemakanan dan boleh memudaratkan kesih...
Qaseh
- Qaseh
- Banting, Selangor, Malaysia
- Terima kasih kerana mengunjungi NicelyMelt. Kami menawarkan homemade chocolate pelbagai bentuk, warna dan rasa pada harga yang murah, sesuai untuk dijadikan sebagai hantaran majlis perkahwinan, pertunangan, door gifts atau sebagai buah tangan pada hari lahir orang tersayang dan keluarga tercinta dan paling penting dijamin HALAL
BENTUK COKLAT
2. Bunga Ros
3. Daun
4. Kipas
5. Hati/ Love
6. Strawberi
7. 4 segi
8. Serong
9. Bulat
10. Ketupat
PERISA/ FILLING
2. Kismis
3. Cornflakes
4. Strawberi
5. Orange
6. Yam (Keladi)
7. Mango
8. Cappucino
9. Pandan
10. Coffee
11. Tunggu............. hehe
p/s :
Memandangkan penyediaan wet filling (i.e strawberi, orange, cappucino etc.) memerlukan at least 1 hari, pelanggan2 dinasihatkan untuk membuat tempahan awal. Harap maklum.
PERHATIAN
Terima Kasih.
KELAS COKLAT
Kepada sesiapa yang berminat untuk belajar teknik-teknik membuat coklat, kelas dibuka pada hari minggu (Sabtu & Ahad)
Yuran : RM 180.00
Masa : 10.00am - hingga siap
-Nota disediakan
-Hasil kerja anda dibawa pulang
-Hanya perlu bawa apron sahaja
-Lunch disediakan
ENTRI TERDAHULU
- February 2011 (9)
- January 2011 (1)
- December 2010 (2)
- November 2010 (17)
- October 2010 (3)
- September 2010 (13)
- August 2010 (11)
- July 2010 (23)
- June 2010 (11)